Korang mesti kadang-kadang buntu kan nak edit gambar pakai aplikasi apa. Jadi, saya nak kongsikan dengan korang. Haritu saya ada belajar edit gambar menggunakan aplikasi GIMP 2.10.6. Sebelum ni saya ada belajar edit gambar menggunakan aplikasi photoshop. Sebenarnya, dua benda ni lebih kurang je kegunaan dia. Cuma adalah kelebihan kat aplikasi masing-masing.
Tapi kat sini saya nak tunjukan serba sedikit cara menggunakan aplikasi GIMP 2.10.6 ni. Saya guna aplikasi ni untuk membuat poster yang telah diamanahkan kepada saya. Poster ni bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Raya AidilAdha. Okay, kat bawah ni hasil poster saya. Sejujurnya, poster ni takdelah lawa sangat sebab sayapun baru nak berjinak dengan aplikasi ni hee..
Okay cara dia tak susah dan tak senang sangat. Em kay, camne tu? hahah..Okay ni cara-cara dia. Kalau tak faham sangat, saya minta maaf tau 😅
1- Korang pergi dekat pilihan atas sekali (anak panah merah) yang ada tulis 'file' and korang pilih 'new'. Benda ni untuk bukak background and sebagai layer pertama. Nanti dia akan ade keluar untuk saiz yang korang nak.
2- Lepas tu korang pilihlah gambar-gambar yang orang nak.Cara nak pilih gambar ni dia ade dua cara.
(i)Korang pegi kat file jugak and pilih open and carilah gambar. Tapi cara ni susah sikit sebab dia akan keluar kat new tab kat GIMP tu. So, korang kena copy gambar tersebut and pegi kat tab yang ada background putih(kalau warna putihlah) tadi and paste.Tapi jangan paste camtu je sebab nanti kalau korang nak edit atau pindah-pindahkan kedudukan gambar tadi tak boleh. Sebab apa? sebab dia sama layer dengan background. So, cara nak elak jadi camtu, time korang nak paste tu korang kena paste as new layer.Bila dah paste as new layer baru lah senang nak edit gambar tersebut.Pastikan setiap gambar bila nak paste buat macam tu.
(ii) Kedua ni senang sikit sebab tak perlu copy&paste. Cara dia korang pegi kat file tu lagi sekali. Then, pilih open as layer. Yang ni dia akan terus buatkan gambar yang korang pilih tu jadi layer baru macam cara pertama kat atas ni.
3- Kay, cara kedua tadi korang buat setiap kali nak tambah gambar yang berbeza-beza tauu. Cara ketiga ni nak cakap cara kalau korang nak pindah-pindahkan gambar tu, korang mesti tekan 'Move tool'. Kalau tak tekan ni, gambar takkan bergerak. Senang cerita, setiap kali nak padam ke pindahkan gambar ke, crop ke dan lain-lain tu semua korang kena tekan setiap tools dia.
4- Cara keempat ni nak gitau cara nak besarkan gambar tu. Haa, korang kena tekan 'Scale tool' benda ni memang untuk besarkan and kecikkan gambar ikut suka hati korang.
5- Kalau nak kurangkan 'Opacity' setiap gambar, korang klik layer gambar tersebut and dekat area layer tu dia ada tulis 'Opacity' and kat situ lah korang adjust opacity gambar.
6-Nak letak effect kat gambar macam mana? yang saya tau ada dua pilihan jugak
(i) Pertama, kat area bahagian layer-layer tu kalau korang perasan ada pilihan yang dia tulis dengan 'Mode'. Cara dia senang je korang klik layer yang gambar korang nak tu and tekan 'Mode' tu and ada keluar lah pilihan kat situ.
(ii)Kedua,korang klik gambar tu and tekan right klik kat mouse korang and pilih 'Filters'. Then, pilih lah yang korang nak.
7-Tentang text pulak kan, korang pilih tools yang tanda 'A'. Tu melambangkan 'Text Tools'. Bila dah pilih tool ni, korang tariklah kat bahagian mana korang nak letak text and tarik untuk saiz atau ruang text tu and taiplah ayat korang. Lepas tu, kalau nak edit text tu macam warna dia ke jenis font ke saiz ke, korang kena highlightkan dulu ayat korang then baru ubah semua tu.
8-Kenapa pilihan untuk fonts tak keluar? kay, sebab korang kena tulis sendiri Contoh, korang tulis lah huruf 'T' pastu segala jenis fonts yang nama dia start dari huruf T tu akan keluar and korang pilihlah.
Tu je kot yang saya tau sebab ni jelah yang saya guna untuk buat poster kat atas tadi. Lepas ni kena belajar lagi supaya lebih banyak tau cara-cara guna GIMP ni dengan lebih banyak gunakan pelbagai lagi jenis tools.
Semoga dapat membantu korang serba sedikit hehe..terima kasih sudi baca and byee..byee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan