CARA MEMBUAT SIJIL MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Saya tahu kalian tahu cara menggunakan Microsoft word ini
tapi saya akan memberitahu cara mudah untuk membuat sijil yang banyak serta
nama yang berbeza-beza dengan mudah.
Sijil diatas adalah contoh sijil yang saya lakukan untuk
menyelesaikan assignment MKA 2013 ini.
Cara-caranya:-
1.
Anda mestilah memilih saiz kertas dahulu di ‘PAGE LAYOUT’ sebagai contoh saya
memilih saiz biasa iaitu saiz A4
2.
Seterusnya, anda pilihlah corak ditepi sijil itu
di ‘DESIGN’ dan pilihlah di ‘PAGE BORDERS’. Di situ pelbagai pilihan
anda boleh pilih sebagai contoh
3.
Selepas itu, buatlah seperti mana yang anda
mahukan sebagai contoh, lencana, nama sekolah, nama pelajar dan no ic mereka,
Tarikh&tempat dan sebagainya seperti sijil yang saya lakukan itu.Jika anda memang bertujuan hanya
mahu melakukan satu sijil sahaja, maka sijil anda sudah selesai. Jika
sebaliknya, dimana anda mahu membuat untuk 10 orang jadi beginilah caranya:-
1.
Anda pergi ke ‘MAILINGS’ dan pilih lah ‘START
MAIL MERGE’ dan ‘STEP-BY-STEP MAIL
MERGE WIZARD…’. Akhirnya keluarlah seperti ini :-
2.
Selepas itu, anda tekan ‘NEXT: STARTING DOCUMENT’ > ‘USE THE CURRENT DOCUMENT’ > ‘NEXT:SELECT RECIPIENTS’ . Di select
recipients ini pilihlah ‘TYPE A NEW LIST’ dan tekan ‘CREATE….’ Dan akan keluar seperti ini:-
3.
Seterusnya, anda isikan nama dan ic para pelajar
yang akan mendapat sijil tersebut. Untuk menambah nama yang lain anda tekan ‘NEW ENTRY’ dan isilah nama seterusnya.
Setelah selesai, tekan ‘OK’.
4.
Selepas itu, tekan ‘NEXT:WRITE YOUR LETTER’ dan teruskan dengan menekan next sehingga
step terakhir. Pasti kan anda membaca dulu apa yang terkandung didalam setiap
step.
5.
Seterusnya, anda boleh lah menukar nama dengan
mudah dan print dengan mudah tanpa perlu membuat sijil yang lain dari langkah
pertama. Cara anda tekan untuk menukar nama tersebut adalah seperti yang saya
bulatkan di dalam gambar dibawah ini dengan menekan symbol anak panah itu.
Itu sahaja dari saya. Saya harap dapat
membantu anda serba sedikit. Terima kasih sudi membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan