Rabu, 5 September 2018

Microsoft Powerpoint

MICROSOFT POWERPOINT?
Apa benda tu?

↪Microsoft powerpoint ni ialah program persembahan yang dibangunkan oleh microsoft untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh. Powepoint berguna untuk membantu membangunkan format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan.

Bagaimana mahu menggunakannya?

↪Menggunakan powerpoint ini amatlah mudah kerana aplikasi ini telah memudahkan pengguna untuk mengedit setiap apa yang kita mahu letakkan didalam powerpoint ini.

Antara langkahnya :-

  1. Pertama sekali, anda mestilah memilih corak slaid yang anda mahukan di bahagian design seperti gambar dibawah

     2. Selepas itu, anda bolehlah menulis tajuk atau apa-apa sahaja yang anda mahukan. Jika mahu menambahkan slaid, sila tekan Home dan pilih New slide seperti gambar dibawah


     3. Seterusnya jika mahu memasukkan gambar, anda tekan Insert dan carilah gambar yang anda mahukan. Malah, anda juga boleh memilih gambar secara online. Bagaimana? mudah sahaja. Tekan Insert>Picture Online>Search Bing dan taiplah gambar yang anda mahukan didalam kotak Search Bing itu. Tekan enter dan akan keluar seperti ini:-


    4. Untuk mengedit gambar tersebut anda boleh melihat di Format. Disitu anda boleh crop, remove background, memilih picture styles dll seperti berikut:-


#Bagi tulisan juga anda boleh mengedit lebih lanjut dengan pergi ke format untuk tulisan. Pastikan anda klik pada benda yang anda mahu edit itu.

   5. Seterusnya, untuk memasukkan video,membuat carta, membuat jadual dan sebagainya, anda boleh memilih saja di bahagian slaid yang baru. Contohnya, 


ataupun, di Insert jugak ada



    6. Untuk mengedit slaid adalah dengan memilih Transitions. Di situ banyak pilihan untuk cara kemunculan setiap slaid. 


Bagi memasukkan bunyi sewaktu kemunculan slaid tersebut, anda boleh membuat pilihan di Timing seperti yang saya bulatkan


  7. Bagi menambahkan animation pada gambar atau tulisan, anda mestilah klik pada perkara tersebut dan memilih animations di bahagian Animations.
Animations ini terdapat tiga bahagian iaitu untuk kemunculan gambar/tulisan itu, untuk penekanan dan untuk keluar.

8. Save lah hasil kerja anda seperti biasa dan selesaikan kerja powerpoint anda sepenuhnya dengan cara-cara diatas.
Itulah antara cara  menggunakan Microsoft Powerpoint ini. Mudah bukan? Thanks for reading👋




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Microsoft Powerpoint

MICROSOFT POWERPOINT? Apa benda tu? ↪Microsoft powerpoint ni ialah program persembahan yang dibangunkan oleh microsoft untuk digunakan pa...